Selamat menjalani ibadah puasa bagi semua kaum hawa didunia...khususnya yang memahami bahasa Melayu.... he he
Dalam bulan penuh barakah ini, saya amat yakin bahawa ibu lah yang paling sibuk. bermula dengan menyiapkan makanan bersahur seawal 4.30 pagi, pergi menghantar anak ke sekolah atau pengasuh, bekerja dengan penuh dedikasi sama ada dirumah atau ditempat kerja sambil memikirkan juadah apa yang hendak disediakan untuk berbuka, waktu rehat pergi ke pasaraya atau kedai runcit mencari bahan untuk masakan dan balik rumah selepas waktu pejabat dan memasak.
Siap memasak, tibalah waktu berbuka puasa. Anak-anak dan suami berkumpul di meja makan dan berbukalah bersama-sama. Si ibu hanya sempat meneguk air kosong. Sibuk melayan anak dan suami makan, anak meragam, dan macam-macam lagi. Penat kan?
Sambil melayan anak-anak tu, sempat jugak lah mengunyah makanan dalam mulut mengisi perut lapar. Anak-anak dan suami dah kenyang dan terus buat hal masing-masing. boleh juga minta tolong suami cuci pinggan atau uruskan anak, sebab sekarang giliran kita pula nak makan dengan sempurna. Habis makan kene mengemas pula. Solat maghrib jangan lupa pula.
Semenjak berkahwin, memang saya tak ke masjid lagi untuk menunaikan sunat terawih. Kadang-kadang saya dapat buat dirumah sahaja. Tapi, kalau suami dah ke masjid, nanti siapalah yang nak tengok anak-anak bermain diluar bilik. Tapi sempat juga membaca Al-quran dan terjemahannya sambil melihat anak bermain.
Jam 10 malam, waktu untuk tidur. Jangan lupa kunci jam sebab esok akan bermula lagi rutin hidup yang sama.
Tapi yakinlah, tu semua adalah pahala. lakukan dengan keikhlasan dan penuh tanggungjawab. Jaga solat, Al-quran dan zikir...insyaallah... Jangan lupa tanggungjawab pada suami. Percayalah bahawa wanita paling mudah masuk syurga.
Susu ibu, anugerah dari Tuhan untuk anak yang mempunyai pelbagai khasiat. Ia diperlukan bagi melengkapkan tumbesaran seseorang bayi.
Setakat Julai ini, rekod budaya penyusuan ibu mencatatkan hanya 14 peratus bagi kaum ibu di Wilayah Persekutuan memberikan susu badan kepada bayi mereka dalam tempoh enam bulan pertama kelahiran.
Walaupun rekod itu sedikit meningkat berbanding hanya 12 peratus pada 2007, 2008 dan 2009 di negeri sama, namun ia masih belum membanggakan.
Lebih tepat, statistik itu menyedihkan seolah-olah kebanyakan ibu tidak menghargai anugerah Tuhan itu kepada kaum ibu terutama ibu muda zaman ini.
Justeru, sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada 1 hingga 7 Ogos ini, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Penasihat Penyusuan Ibu Malaysia (PPPIM), akan membantu memupuk kesedaran dan pengetahuan di kalangan ibu yang mempunyai bayi supaya aktif memberikan susu badan.
Misinya untuk menggalakkan budaya penyusuan badan supaya ia mampu melahirkan generasi lebih sihat pada masa depan.
Seorang ahli PPPIM yang juga bekas Ketua Jururawat Hospital Pusrawi, Marjinah Badli berkata, pada zaman moden ini, budaya memberi susu badan kepada bayi sering 'dipandang sebelah mata' di kalangan ibu yang baru melahirkan anak.
Katanya, hasil kajian yang dijalankan PPPIM menunjukkan kurangnya kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan atau kelebihan susu ibu adalah faktor utama mengapa seseorang tidak aktif memberikan susu badan.
Marjinah berkata, ada yang enggan memberikan susu badan kerana tidak tahan dengan cabaran seperti rasa sakit apabila menyusukan bayi dan tiada masa akibat terlalu sibuk menjalankan rutin seharian.
"Segelintirnya pula terutama di kalangan ibu muda merasa malu untuk memberikan anak mereka susu badan lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah.
"Kebanyakan klinik swasta, tempat kelahiran bayi, akan memberi promosi susu tepung bayi secara percuma untuk tempoh tiga hingga enam bulan.
"Semua ini menyebabkan ibu lebih selesa dan tertarik untuk memberikan susu tepung kepada bayi mereka walaupun susu ibu adalah imunisasi pertama paling penting yang seharusnya diterima tubuh bayi selepas dilahirkan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Menurut Marjinah, bagi menggalakkan penyusuan badan, PPPIM pada tahun ini menggunakan pendekatan baru dengan memberikan khidmat nasihat dalam soal menyebarkan maklumat mengenainya.
Jelasnya, pada tahun sebelum ini, PPPIM sering menganjurkan acara di beberapa kawasan sasaran seperti di Putrajaya untuk menghebahkan maklumat berhubung kebaikan penyusuan badan kepada masyarakat.
Pendekatan PPPIM pada tahun ini adalah menghantar ahlinya yang terlatih untuk menyertai acara yang dianjurkan pusat perubatan dan hospital kerajaan serta swasta bagi mendidik pegawai perubatan di situ mengenai soal penyusuan badan.
"Didikan kami termasuk kepentingan susu ibu, cara betul menyusu serta faedah kepada ibu dan anak.
"Ada pakar dan doktor perubatan yang mengemukakan banyak persoalan kepada kami mengenai kebaikan sebenar penyusuan ibu kerana selama ini mereka tidak mengetahuinya.
"Harapan kami, dengan usaha yang kami jalankan tahun ini, ilmu itu dapat dikongsi bersama ibu yang melahirkan anak sekali gus menggalakkan lebih ramai yang aktif memberi susu badan," katanya.
Selain itu, Marjinah menasihatkan kaum ibu yang mempunyai bayi untuk turut bersama-sama menjayakan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia bagi menggalakkan budaya berkenaan dalam masyarakat negara ini.
"Bagi saya, dengan segala kemudahan dan kelengkapan termasuk sudut penyusuan ibu di pusat membeli-belah, pam susu badan serta baju khas untuk ibu menyusukan badan yang ada ketika ini, tiada alasan kepada seseorang untuk tidak memberikan susu badan kepada bayi mereka," ujarnya.
---LAFAZ NIAT PUASA
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afth art u birahmatika ya arhamarrohimin
Adakah kopi baik atau buruk untuk kesihatan? Hakikatnya ia terpulang kepada pilihan kita.
Menambah tenaga
Kopi dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada ngantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairan setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.
Ubat sakit kepala
Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan
Mengurangkan lemak
Lebih menarik, kafein dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.
Hujung minggu lalu kami ke Melaka. Walaupun dekat je dengan Nilai tapi rupa-rupanya inilah pertama kali saya menikmati keindahan Melaka dengan sebenar-benarnya. So I nak share la gambar2 yang diambil.....
sarah makan hotdog.....
bariyani ni memang sedap.....10.80SD
ini, desert almond apa tah....
Singaporean totally speak english...kadang2 die tak faham langsung malay...cuma kadang2 ada la staf yang melayu tapi sangatlah sedikit. kebanyakan front oficer sume cina dan orang melayu kejanya, kutip sampah dan sorong tong sampah.... so lihatlah bagaimana keadaannya sekiranya orang melayu di malaysia tak memelihara bangsa dan agama kita. mungkin kita akan jadi seperti melayu di singapore.... sorry to say this.....but its reality....
So pergilah melancong ke luar negara utk melihat negara orang... melihat cara hidup dan perjuangan mereka. penerusan hidup dan taraf hidup mereka. bagi saya singapore memang indah, tapi seolah dalam sangkar. keluar saje dari singapore saya rasa sangat lega seolah baru lepas dari kepompong...... jalan pun berubah, dan gaya pemanduan juga berubah.
Ok, jumpa lagi lah kat destinasi berikut........wasalam
Rasanye u all pun dah tahu macam mana nak masak dish ni....i cuma bagi idea aje...... so jom masak at home :)))
Alhamdulillah loan suami diluluskan untuk membeli rumah di Idaman Bayu, Bandar Sri Sendayan, Seremban.Harap semuanya berjalan lancar dan kami teringin sangat nak lihat rumah ni siap nanti. Jadi setiap kali ke Seremban, suami mesti ajak singgah ke tapak projek untuk melihat perkembangan pembinaan rumah.
Rumah sekarang di Labu. Baru habis ansuran rumah sebab suami buat bayaran penuh pada Mac lepas. Geran rumah pun dah dapat. Tapi memang impian kami sebenarnya nak memiliki banyak rumah untuk pelaburan akan datang. Jika tidak pun rumah tu boleh diwarisi oleh anak-anak. berkat kesabaran menyimpan wang dan berjimat cermat akhirnya pasti mendatangkan hasil yang lumayan. Tak rugi kalau menyimpan. Ini semua untuk masa depan anak-anak kami.