9:34 AM

Pemakanan yang betul

ARKIB : 25/04/2010


Kanak-kanak perlu dididik bersenam dari peringkat awal untuk memiliki berat badan yang ideal. - Gambar hiasan


ANAK-ANAK anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Bila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.

Mengasuh anak-anak makan dengan betul
Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan tauladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri tauladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang kurang memberi masa dan usaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?

Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Bagaimanapun, ada juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah pemakanan salah. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Kaji Selidik Kesihatan & Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.


  • Makan secara berlebihan

  • Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk bila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh menyebabkan mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berat badan yang berlebihan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.
  • Kekurangan zat makanan Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini boleh mengakibatkan kekurangan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan penuh.
    Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?
    Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan diet yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.
    Satu kajian yang dijalankan dua tahun dahulu oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

  • Tidak mengambil sarapan

  • Snek tidak sihat

  • Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal

  • 9:28 AM

    Sukar jaga suami aktif

    HIDUP tanpa suami terlalu sukar bagi wanita yang pernah hidup berumah tangga. Pun begitu masih terdapat sebahagian daripada mereka yang berjiwa kental dan tabah menjalani kehidupan sehingga berjaya mendidik anak-anak menjadi insan yang dikagumi.

    Tidak salah untuk mencari pengganti asalkan jangan mengganggu kebahagiaan orang lain. Inilah kisah yang saya paparkan minggu ini, luahan hati seorang isteri yang terlalu baik sehingga orang ketiga mengambil kesempatan terhadap suaminya.

    Mungkin Halimah ( bukan nama sebenar ) seorang isteri yang terlalu 'sporting' maka suami mengambil kesempatan untuk berbuat apa yang dia suka. Ikuti kisah yang dialami Hamilah.

    "Ikhlas saya katakan memang sukar untuk mendidik anak-anak era siber dan lebih sukar lagi mengawasi pergerakan suami yang tergolong dalam kategori lelaki paling sibuk atau aktif dengan kerja-kerja kebajikan.
    "Disebabkan kesibukan itu, maka berbagai-bagai golongan insan datang untuk berjumpa dan mengadu hal atau meminta bantuan.

    "Rumah saya menjadi bagaikan pesta tidak kira siang atau malam tetapi saya menyambut mereka dengan senang hati. Segala pertolongan yang mereka hajati Insya-Allah akan cuba diberi perhatian.
    "Buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali, itu pepatah yang terkadang kita terlupa akan maksudnya.

    "Maka tercatatlah kisah ya g ingin saya kongsi bersama pembaca yang setia di ruangan ini. Saya seorang isteri yang 'sporting' dan tidak pernah ada perasaan syak atau buruk sangka terhadap suami.
    "Ke mana sahaja suami pergi dan jam berapa dia pulang saya tidak pernah memikirkan perkara yang negatif malah saya berazam menjadi isteri dan ibu mithali.

    "Oleh kerana saya seorang suri rumah sepenuh masa, maka pergerakan saya terbatas dan segala info yang saya terima dari rakan-rakan mengenai hal-hal negatif berkaitan suami tetapi saya menyangkalnya sama sekali.
    "Suatu pagi hari minggu, ketika sedang sibuk menyiapkan juadah untuk yang anak-anak akan pulang dari asrama, tiba-tiba jiran saya seorang ibu tunggal bernama Milah (bukan nama sebenar) meluru ke arah saya yang sedang memasak.

    "Tanpa segan silu dia mengambil sebahagian masakan yang masih panas dan dibawanya pulang tanpa meminta izin daripada saya, tergamam saya ! .
    "Mungkin dia terlupa untuk mengucapkan terima kasih atau sudah biasa dengan keluarga saya, maka saya diamkan sahaja hal itu.
    "Satu hari lain, satu lagi kejadian berlaku. Disebabkan rumah saya sentiasa dikunjungi tetamu, maka pintu pun selalunya tidak berkunci.

    "Ketika sedang berjalan ke dapur saya terdengar suara seorang perempuan sedang bercakap dengan suami saya di dalam kamar tidur kami.
    "Kebetulan memang suami saya baru hendak melelapkan mata selepas pulang dari suatu majlis. Saya pergi mengintai, tergamam saya melihat Milah sedang mengadu hal kepada suami saya.
    "Bayangkan, isteri mana yang tidak cemburu jika ada perempuan lain berbual dengan suami sendiri dalam kamar tidur. Tanpa segan silu dia berlalu setelah habis berbincang dengan suami saya. Saya dibuatnya seperti tunggul.

    "Kejadian itu tidak berakhir di situ sahaja, banyak lagi cerita-cerita 'sensasi' yang saya dengar mengenai Milah yang teramat rapat dengan suami saya. Hati saya terguris juga jika selalu mendengar kisah-kisah yang kurang enak tentang suami dan Milah.
    "Lalu saya menggunakan orang tengah untuk bertanyakan hal yang sebenar kepada suami, tentang hubungannya dengan Milah. Milah menafikannya begitu juga suami saya. Hai Milah… kalau tak ada angin mana mungkin pokok boleh bergoyang?

    "Saya faham bagi seorang wanita yang hidup tanpa suami tentu akan berasa sunyi. Sukar bagi seorang wanita untuk menerima kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka, jika ada pun mungkin segelintir sahaja.
    "Keesokannya terjadilah perang mulut antara saya dengan suami gara-gara Milah telah mengadu kepadanya yang saya mencurigai hubungan mereka. Yang saya geram anak-anak pun dimarahi. Suami saya seorang yang penyabar tetapi tiba-tiba tidak dapat mengawal emosi.

    "Entah apalah yang disampaikan Milah kepada suami saya sehingga dia 'naik hantu'. Itulah lelaki kalau percayakan perempuan atau buah hati, dia akan lupa segalanya.
    "Saya sayangkan keluarga yang kami bina dan tidak mahu terjadi konflik. Doa dan bersabar adalah dua elemen yang saya jadikan sandaran untuk mempertahankan keutuhan hubungan kami sekeluarga. Biar pun badai yang melanda, keluarga saya akan utamakan.
    "Tetapi Milah masih dengan perangainya yang sukar untuk difahami. Saya selalu berdoa dan berharap ada seseorang yang menasihati dia atau apa sahaja yang terbaik untuknya suatu hari nanti.

    "Doa saya dimakbulkan Tuhan apabila Milah bertemu jodoh dengan seorang duda. Bagi menerapkan kesedaran kepada orang seperti Milah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kata suami saya yang mula sedar akan kesilapannya tempoh hari.
    "Mungkin pergaulan yang tidak terbatas semasa tugasan menjadi faktor utama untuk sesiapa pun mudah 'jatuh hati seperti mana yang suami saya alami.
    "Saya bersyukur kerana masalah saya telah selesai. Suami juga meminta maaf dan berjanji akan membaiki keadaan dan menjadi ketua keluarga yang baik. Semoga Allah melindungi kehidupan kami di dunia dan akhirat," demikian kata Halimah menutup cerita.

    Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai kisah yang berlaku kepada Halimah. Jelasnya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

    Halimah patut bersyukur kerana suaminya sudah sedar dan kembali ke pangkal jalan. Saya bangga dengan sikap sabar yang Halimah tunjukkan sepanjang krisis rumah tangganya.
    Tidak rugi jika kita bersabar dan berdoa kerana segala doa yang baik itu insya-Allah Tuhan akan makbulkan. Jagalah keluarga dengan sebaik-baiknya dan jadilah isteri solehah dan ibu mithali. Serangkap pantun untuk renungan bersama.

    Tinggi melangit luasnya angkasa,
    Berkelip bintang di langit luas,
    Bermohonlah pada Allah Yang Esa,
    Bersandarlah pada Doa yang ikhlas.

    Salam.

    sumber : utusan

    Saya amat tertarik dengan kisah ini, kesimpulan yang dapat saya buat adalah, walaupun sesibuk mana pun kerja kita janganlah di bawa sampai ke rumah. Rumah kita adalah milik kita yang personal dan bukan tempat awam. jadi jagalah rumah baik-baik.
    Benarlah bahawa hanya kesabaran dan doa dapat memperbaiki keadaan. Dalam menangani rumahtangga, kita perlu bijak dan memikirkan kepentingan semua anggota keluarga. Memang banyak dugaan dan berfikirlah dengan waras.
    Sesungguhnya masalah antara suami isteri boleh menyempitkan rezeki. jadi peliharalah sebaik mungkin agar jalan kita tidak tersekat-sekat.

    10:16 AM

    Makan di Bagan Lalang

    Minggu sudah, my parents came to my house. So bawalah mereka berjalan-jalan cari makan sekitar nilai ni. Selain tu bawa pergi rumah abang kat KL. Tapi nilah first time my parents stay at my house for 4 days and 3 nights. Lama tu....best la...

    So i nak share with all of you our dinner at Bagan Lalang Sepang. Kedai makan ni namanya 'Senandung Malam'...

    Udang goreng tepung

    Siakap 3 rasa....nampak presentation tak berapa menarik tapi taste die lovely

    Sotong masak sambal

    Kangkung goreng belacan
    Inilah ibu bapa saya, Hjh Fatimah dan Hj. Mohd Shah

    Memang sedaplah masakan kat sini. Dari segi hiasan memang tak berapa cantik tapi  "cukup rasa"....... Kalau u all nak ke Bagan Lalang i suggest this restaurant.

    1:55 PM

    BlockBuster Deals maniac

    Anak-anak zaman sekarang, mintanya bukan kecil tapi besar-besar belaka. Minta notebook, wifi di rumah, astro dan bagai-bagai lagi lah. Macam tu lah Hakim , dah pandai minta wifi kat rumah. Katanya nak tengok 'aeroplane' kat internet....

    Nak buat macam mana, mak die pun 2x5 je dengan internet. pantang jumpa. jadi  untuk memudahkan kami sentiasa update dengan berita dan perkembangan semasa, maka saya pun memohon pelan BlockBuster deals ni. Ambil pelan 1 mb..RM 110 sebulan fix rate. ok lah.....

    Dalam seminggu ni dapat lah internet dengan laju dirumah sebab sebelum ni guna dial-up je. sangat lah slownye....sangap.....

    Semoga dengan wifi kat rumah ni, Hakim dan Nadia dapat belajar banyak perkara online. Semoga jadi anak yang pintar dan rajin ye....



    Streamyx has sweeten up their offer with the new BlockBuster Deals that is obviously pushing their voice business.
    This could also be seen as a Streamyx retention campaign as well as to encourage more usage of voice by offering FREE Calls to all TM Fixed Line and attractive mobile call rates.
    There are 4 Broadband + Voice plans and 3 Voice only plans on offer.

    Broadband + Voice offering

    The broadband & voice deals range from 512kbps to 4Mbps with price range between RM90-RM160/month. All 4 includes:
    • Free WiFi Modem
    • Free Cordless DECT Phone
    • Free Calls to all TM Fixed Line (including 1300 & 1800)
    • Zero entry cost (installation & activation fee) until further notice
    Calls to mobile and non-TM fixed lines are charged at a flat rate of 15sen/min for the 512kbps package while the rest are charged at 10sen/min.
    There’s a minimum contract period of 12 months.

    Table Comparison