4:13 PM

Orang berbudi kita berbahasa

Apa sambungan kepada pantun di atas?

Betul!!!! pandai kita.... Orang memberi kita merasa.

Ada cerita di sebalik serangkai pantun di atas. Minggu lepas saya ada merancang untuk membeli lip gloss baru. Kebetulan lip gloss saya sudah habis dan saya ni memang suka sangat dengan lip glos berbanding gincu. Harga lip gloss dipasaran, paling murah rm 20++. Tapi tahan 3 bulan untuk saya. kebetulan pada hari Jumaat lepas ada seorang kawan dari Kuala Lumpur datang ke kolej. dia seorang perunding alat solek dan kecantikan dan pernah berurusan dengan kolej untuk kursus kecantikan. Saya tak pernah berjumpa dengannya, tapi kami selalu berbual di telefon dan saya selalu membantunya dalam urusan kursus hingga urusan anaknya yang kebetulan belajar di kolej ini. Saya suka menolong selagi saya mampu. Semuanya kerana saya suka berkawan dengan akak ni. dengan tak disangka-sangka, akak Hasnah ni beri saya hadiah, sebuah lip gloss Mac. saya tak pernah beli barang Mac. Tapi kalini macam rezeki jatuh ke riba, di saat saya sangat memerlukan lip gloss, datang pulak lip gloss free. Saya tak ada niat nak minta apa-apa balasan pun dari kak Hasnah. Tapi bila akak bagi, saya terima je lah. Kata orang rezeki jangan ditolak.....
So saya dapat jimatkan duit saya untuk membeli barang lain pulak. Kebetulan, bedak compact pun dah habis. Dalam cadangan macam nak cube bedak Miami. Orang kata bedak tu ok....so....kesimpulannya kat sini simple je...tak rugi kalau kita sula menolong, InsyaAllah, satu hari nanti bila kita susah, pasti Allah akan tolong kita dalam pelbagai bentuk. So lepas ni kawan-kawan, jom kita rajin-rajin tolong orang. pahala pun dapat jugak...

0 comments: