Sambil melayan internet, tiba-tiba lagu ni terdetik dalam hati....terus terfikir untuk mencari lirik dan lagunya...
Melodi lagu ni seakan-akan membelai jiwa....layannnn...
Siapakah dirimu
Yang hadir kala ku sepi
Kerana kau menyentuh jiwaku
Bagaikan lagu merdu
Kau merawat sepiku
Kau membisikan kau cinta padaku
Dulu aku dibelenggu
Duka kenangan lalu
Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan
Cinta mu muzik di hatiku
Berlagu di dalam hidupku
Yang melenyapkan satu kedukaan
Cinta mu muzik di hatiku
Berputar tanpa rasa jemu
Dan menemani jiwa/diri ku yang sepi
Sungguh indah
Irama mu melembutkan hati ini
Pernah ku lafazkan
Tak mengulanginya
Tapi takdir-Nya siapa menduga
Untuk kali kedua
Ku kembali bercinta
Bercucuran lembut memukau hatiku
Dulu aku dibelenggu duka kenangan lalu
Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan
Cinta mu muzik di hatiku
Menjadi nada nada rindu
Yang berpanjangan bawa kedamaian
Cinta mu muzik di hatiku
Menyanyi di sudut jiwaku
Melahirkan satu pengharapan
Sungguh indah
Irama mu melembutkan hati ini
kalau u all nak dengar lagu ni.....just klik http://www.4shared.com/file/47303185/3d477bf1/anita_sarawak_-_cintamu_muzik_dihatiku.html?s=1
WAHAI lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah bertemu atau berdampingan dengan wanita cantik!
Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.
Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.
Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.
Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.
Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.
Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.
Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.
Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.
Ternyata lebih menyihatkan tubuh badan selain tentunya membahagiakan ketika bersama wanita cantik berbanding melepak dengan rakan lelaki seperti yang selalu dilakukan oleh lelaki Malaysia di kedai-kedai mamak. - nuranilelaki@yahoo.com
MANA satu minuman kegemaran anda setiap pagi, kopi atau teh. Yang pasti, minuman ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Ada orang yang berasa tidak bertenaga dan lemah lesu selagi tidak mendapat secawan kopi atau teh. Segar rasanya setelah menghirup secawan kopi atau teh panas. Pun begitu, kopi atau teh ini banyak kegunaannya dari sudut kecantikan. Mudah dan berkesan.
Rambut bersinar dengan kopi
Bancuh kopi pekat dan panas. Biarkan suam sebentar. Sapu bancuhan kopi pada rambut yang kering dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali dan rambut anda pasti berkilau.
Kopi singkir selulit
Jika anda ke farmasi dan mencari krim selulit, cuba baca bahan yang terdapat di dalamnya. Satu daripadanya ialah kopi. Lepas ini anda boleh buat sendiri krim selulit dan gunakan dua kali seminggu.
Mula-mula alas lantai bilik air dengan surat khabar. Bancuh biji kopi dengan air panas yang dicampur satu sudu besar minyak zaitun. Berdiri di atas surat khabar dan gosok bancuhan kopi tadi pada bahagian yang berselulit. Untuk hasil lebih memuaskan, gunakan span. Selepas itu, balut bahagian yang disapu kopi tadi dengan plastik dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam.
Buang sel kulit mati dengan kopi
Buang sel kulit mati dan dalam masa sama kurangkan pori-pori yang terbuka. Bancuh suku cawan biji kopi yang telah digunakan dengan sebiji putih telur. Bancuh sebati dan sapu pada muka. Biar kering dan bilas dengan air suam. Jika kulit anda jenis kering, sapu pula dengan pelembap kegemaran anda.
Mata segar dengan teh
Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh menyamankan mata anda serta-merta.
Teh melegakan kaki yang penat
Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.
Teh sebagai rawatan wajah
Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda sensitif.
Anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.
Teh melegakan luka
Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.
Kulit kepala sihat dengan teh
Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.
Oleh ZUHAYATI YAZID
ZURIAT merupakan permata hati kepada pasangan setiap suami isteri malah kelahirannya pasti menjadi debaran serta ditunggu oleh pasangan.
Kehidupan dan kebahagiaan sebuah rumah tangga akan menjadi lebih berseri dengan kehadiran cahaya mata
Malah, kelahiran anak disambut dengan penuh gembira, kebanggaan dan rasa syukur yang tidak terhingga. Ibu bapa pula sanggup berkorban segala-galanya atas nama kasih sayang dan rasa cinta demi melihat zuriatnya terus berjaya dan menjadi insan mulia.
Apabila lahir zuriat ke dunia maka setiap ibu bapa perlu memberi perhatian serius dan pengawasan yang secukupnya.
Ini kerana setiap zuriat yang dilahirkan ibarat kain putih yang siap menerima untuk diwarnai. Jika dibiasakan dengan nilai-nilai yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan sehingga orang tua juga akan mendapat pahala.
Menurut pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah A. Ghani, anak-anak adalah lakaran ibubapa. Sekiranya lakaran tersebut ke arah kemuliaan pastinya ia membawa kebaikan kepada anak tersebut.
Tetapi sekiranya anak-anak dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan membesar dengan keburukan.
"Oleh itu, tidak harus bagi setiap ibu bapa melalaikan tanggungjawab yang besar ini dengan mengabaikan aspek pendidikan yang baik dan menanamkan adab yang baik ketika membesarkan anak-anak,'' katanya.
Dia yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam pengurusan kaunseling keluarga memberitahu, biasalah mendidik anak agar makan dengan menggunakan tangan kanan, membaca bismillah disudahi dengan alhamdulilah.
Malah ceritanya lagi, ajar anak agar tidak makan dengan tergesa-gesa ataupun gelojoh. Makan dengan tertib, mengunyah makanan dengan perlahan dan jangan biasakan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis di mulut.
"Adab-adab ini penting memandangkan mereka masih kecil dan ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk anak dengan nilai-nilai Islam yang terpuji,'' jelasnya lagi.
Selain itu, latihlah anak-anak dengan sikap hormat dan jangan biasakan anak bersikap kasar, berbahasa kesat dan berperilaku sombong.
"Keadaan ini penting bagi membiasakan peribadi anak supaya tidak berterusan dengan budaya yang kasar dan tidak bertamadun.
Jelasnya lagi, apabila anak semakin besar, latihlah anak-anak supaya bersikap berani dan sabar dalam menghadapi kesusahan.
"Biasakan memuji tindakan mereka apabila berbuat demikian kerana tindakan tersebut boleh mendorong mereka bersikap terpuji,'' katanya.
Apabila anak mencapai usia tujuh tahun, perintahkan mereka supaya bersolat secara tetap. Disiplinkan mereka mengenai tanggungjawab solat.
"Bagaimanapun elakkan melakukannya secara paksaan kerana ini akan menyebabkan mereka memberontak serta memendamkan perasaan,'' ujarnya.
Jelasnya lagi, biasakan anak-anak juga bersikap taat kepada orang tua, guru dan kepada yang lebih berusia darinya. Ajarkan anak-anak memandang dengan rasa hormat agar mereka tidak tergolong daripada anak-anak yang bersikap derhaka dan biadap.
Tip membentuk anak berkelakuan baik
*Jika boleh, jangan menghukum, sebaliknya mengajar. Matlamat mendisiplinkan anak ialah untuk mengajar anak itu berkelakuan baik. Memukul kanak-kanak bukanlah cara mengajar. Sebaliknya ia mengajar kanak-kanak bahawa memukul ialah cara menyelesaikan masalah.
*Anggaplah kenakalan anak-anak sebagai kesilapan. Ia akan memudahkan anda mencari jalan untuk mengajar tentang kelakuan baik. Jika boleh, kaitkan akibat dengan kenakalan.
*Jangan bertengkar atau membebel mengenai peraturan. Jika sesuatu peraturan dilanggar, ingatkan anak anda mengenai peraturan itu dan akibatnya jika tidak dipatuhi. Apabila anda memberikan arahan, bercakap dengan tegas dan ulangi arahan itu.
*Halang anak-anak kecil semasa mereka sedang membuat sesuatu yang anda tidak sukai atau jauhkan mereka dari situasi tersebut. Anak-anak kecil tidak faham apa yang salah dan apa yang betul, dan mereka tidak sepatutnya dipukul atau digoncang.
*Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan kanak-kanak mengenai kelakuan mereka. Pastikan anda gunakan perkataan seperti "Maafkan saya" dan "Bolehkah saya?" bila sesuai. Jadilah contoh yang baik untuk anak anda di dalam percakapan dan perbuatan anda.
*Puji anak bila mereka berkelakuan baik kerana ini akan menggalakkan mereka terus berkelakuan baik. Pelukan, senyuman dan perkataan-perkataan lembut boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan.
Oleh NORAINON OTHMAN
RAMAI tahu khasiat susu ibu daripada sudut kesihatan, malangnya masih ramai tidak bersungguh-sungguh menyusui bayi kerana alasan tertentu yang kadangkala kurang munasabah.
Susu ibu sepatutnya menjadi santapan pertama anak ketika lahir dan berterusan sehingga si kecil mencapai usia dua tahun sebagaimana dituntut Islam.
Berapa banyak pun susu formula yang menggunakan teknologi masa kini dicipta, ia tidak mampu menyamai keunggulan makanan ajaib ini.
Melihat kelebihan susu ibu dalam jangka panjang membentuk keperibadian seseorang, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata anak yang diberi susu ibu lebih senang dibentuk atau dilentur.
Menurutnya, cairan ini adalah unsur pertama bagi menyemai kasih sayang dan kejiwaan dalam diri anak, iaitu secara fizikal melalui pelukan erat ibu ketika menyusu anak. Ia adalah lesen pertama membentuk dan membangun kekuatan personaliti anak, membentuk jiwa hamba Allah, jujur dan berketrampilan.
Susu ibu terjamin kebersihannya kerana tiada sentuhan tangan manusia dan jika betul cara didikan ibu bapa, anak akan menjadi insan yang baik.
Memberi susu ibu ialah konsep memberi dan menerima, menjadikan hubungan antara anak dan ibu akrab kerana selama dua tahun menyusu ibu, si anak membesar menjadi individu yang patuh pada orang tua dan tidak banyak melukakan hati ibu.
“Susu ibu dapat menurunkan darjah sikap melawan atau menentang ibu kerana rangkulan si ibu ketika menyusui bayinya memberi aura ketaatan. Malah, dalam jangka panjang, susu ibu menjadikan kesihatan mental, fizikal dan emosi anak lebih mantap.
“Jika ketika mengandungkan anak, ibu sering membaca ayat suci al-Quran sebagai makanan rohani anak dalam kandungan, selepas melahirkan, amalan boleh diteruskan ketika menyusu anak. Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani,” katanya.
Anak yang menyusui susu ibu sangat dekat hubungan kejiwaannya dengan ibu dan bapa dan emosinya tidak mudah terganggu.
“Amalan menyusu berserta doa dan harapan juga baik jika dibuat dengan menyentuh ubun-ubun anak dan membelainya. Anak mendapat tumpahan kasih sayang dan perhatian mutlak daripada ibu ketika menyusu.
“Degil macam manapun, anak yang menyusu ibu akhirnya akan mendengar cakap ibu. Begitu juga jika setinggi manapun pangkatnya, jika penyusuan ibu lengkap dan disertai amalan doa, anak akan menghormati dan taat padanya,” katanya.
Dr Robiah berkata, kebanyakan ibu yang memberi alasan tidak dapat menyusu anak kerana susunya kering berpunca daripada tindakan memakan ubat yang menyebabkan masalah itu atau tidak gembira ketika memberi susu badan.
“Ibu perlu membuat persediaan untuk menyusukan anak ketika hamil lagi, iaitu dengan mengambil makanan berkhasiat. Jika menghadapi masalah susu kering, ibu boleh mengambil ubat penggalak susu atau makan makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu.
“Ada sebilangan ibu berpendapat, susah hendak kembali bekerja selepas cuti bersalin jika menyusukan anak. Malah, ada juga berpendapat, jika tidak menyusu anak, mudah sedikit jika dia hendak pergi kursus,” katanya.