12:57 PM

Pujuk anak buat kerja sekolah

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI


sokongan ibu bapa penting bagi membolehkan anak melakukan kerja sekolah tanpa disuruh.



MEMANG memenatkan. Mana tidaknya hampir setiap hari harus mengingatkan anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Yang naik risau kita, bukannya anak-anak. Mereka selagi tidak mendengar leteran atau desakan, tidak akan angkat punggung untuk membuat kerja sekolah.

Lagi memeritkan, kitalah yang harus duduk bersama-sama semasa membuat kerja sekolah sehingga kerja-kerja rumah lain tergendalam. Lagi teruk apabila ibu atau bapa yang menyelesaikannya kerana anak-anak langsung tidak faham atau mengantuk.
Ini adalah antara rungutan-rungutan yang selalu diluahkan oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah.

Kadangkala leteran itu telah menjadi 'lagu merdu' bagi anak-anak dan bukan lagi arahan yang perlu diikuti dan ditakuti.

Ini sebenarnya adalah lumrah hidup kanak-kanak. Mereka sememangnya tidak suka membuat kerja sekolah. Sehubungan itu, tanamkan minat mereka untuk menyukai kerja sekolah.
Selain itu, ibu bapa harus ingat bahawa anda tidak boleh memaksa mereka melakukannya atau belajar.
Begitu juga, menyelesaikan kerja sekolah adalah masalah anak-anak. Justeru, mereka harus menggerakkan pensel mereka. Otak mereka harus berfikir. Punggung mereka harus diletakkan di kerusi.
Ramai ibu bapa beranggapan bahawa kerja sekolah adalah masalah mereka. Jadi mereka mewujudkan suasana yang tidak menyenangkan seperti menjerit, marah, mengugut atau menarik balik keistimewaan yang diberi. Bagaimanapun kebanyakan taktik ini tidak memberi kesan.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi peluang kepada anak-anak membuat kerja sekolah. Tugas kita ialah menyediakan struktur dan mewujudkan sistem. Tugas anak ialah menggunakan sistem itu.
Sehubungan itu, terdapat beberapa panduan yang boleh dilakukan bagi memujuk anak membuat kerja rumah.
Wujudkan ruang sesuai untuk membuat kerja sekolah

Antara alasan mengapa anak-anak tidak berminat membuat kerja sekolah ialah tidak cukup peralatan. Kadangkala tidak mempunyai rujukan yang sesuai dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.
Justeru, wujudkan satu tempat atau stesen kerja sekolah atau tempat belajar di rumah. Stesen itu mestilah:

  •  


  • Jauh daripada ruang televisyen atau tempat permainan video.

  • Lengkapkan dengan meja, kerusi atau komputer bergantung pada umur anak.

  • Pastikan alat tulis lengkap.


  • Buat jadual

    Dengan jadual ia boleh membentuk tabiat untuk melaksanakan kerja rumah di kalangan anak-anak. Ini sekali gus mengurangkan tekanan ibu bapa.
    Sebagai ibu bapa, buat jadual dan tetapkan waktu yang sesuai setiap hari. Pastikan bilakah masanya anak mesti melakukan kerja sekolah. Beri kelonggaran kepada mereka untuk menentukan waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran.

    Kadangkala bagi mengelakkan melakukan kerja sekolah, anak akan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai tugasan pun.
    Justeru itu, masa yang telah ditetapkan melakukan kerja rumah haruslah diganti dengan waktu untuk belajar.
    Ingatkan mereka 10 minit sebelum waktu ditetapkan supaya mereka peka. Insya-Allah, selepas beberapa minggu atau bulan, anak anda akan melakukannya sendiri tanpa disuruh.

    Bantu menguruskan perancangan kerja sekolah

    Bantu anak untuk membuat perancangan menguruskan tugasan sekolah.
    Sediakan perancangan harian atau kalendar. Galakkan anak untuk membuat nota tarikh hantaran terakhir atau ujian akan datang dalam kalendar. Bantu mereka membuat jadual dan jelaskan bahawa waktu yang terurus tidak akan membebankan mereka.

    Selalu ingatkan mereka. Apabila anak telah biasa menggunakan kalendar dan jadual waktu, mereka akan tahu manfaat dan melakukan kerja sekolah itu sendiri.
    Jadikan diri sebagai contoh

    Banyak kanak-kanak merasakan melakukan kerja sekolah adalah satu bebanan dan ia dilakukan secara terpaksa kerana arahan ibu bapa.
    Akibatnya mereka jadi terganggu apabila tibanya waktu belajar. Untuk atasi masalah ini cuba minimumkan gangguan semasa anak-anak belajar seperti menutup televisyen dan radio.
    Ibu bapa perlu gunakan waktu ini melakukan kerja-kerja rumah, uruskan pembayaran bil dan sebagainya.
    Dengan ini, anda bukan sahaja meredakan gangguan, tetapi menunjukkan kepada anak bahawa anda juga melakukan 'kerja' di luar waktu kerja anda.

    sumber utusan

    12:55 PM

    Mengatasi perjalanan membosankan


    bawa peralatan melukis bagi membuat si kecil beasa sibuk.


    BERCUTI bersama ahli keluarga adalah masa bagi merapatkan hubungan, bergembira dan yang paling penting sekali, dapat melepaskan tekanan daripada tugas seharian. Namun, ada masanya perjalanan jauh menuju ke destinasi membuatkan kanak-kanak bosan.
    Anak-anak mengadu tentang tiada apa untuk dibuat dan sering bertanya bila akan sampai membuatkan ibu bapa turut resah gelisah.

    Terdapat cara-cara produktif untuk menghilangkan masa buntu ketika dalam perjalanan itu.

    Jadikan anak pembantu pemandu

    Jika anda sedang memandu ke destinasi percutian anda, sibukkan anak-anak anda dengan tugas mudah seperti membantu anda membaca peta atau memerhatikan simpang yang perlu dilalui. Buat mereka rasa berguna dan pastinya mereka tidak akan berasa bosan.

    Masa bermain

    Permainan adalah cara yang terbaik membuat si kecil berasa sibuk. Cuba cadangkan mereka bermain teka-teki atau silangkata ketika dalam perjalanan atau papan permainan seperti Saidina, Sahibba atau UNO ketika di tempat percutian atau bermain kejar-kejar di taman permainan berhampiran. Ini pasti membuat mereka sibuk serta membuat minda dan tubuh badan mereka aktif.

    Senaman baik

    Apabila dalam perjalanan jauh, cuba berehat seketika dan bersenam. Ia menyegarkan terutamanya selepas memandu lama dan bagi si kecil yang berasa terkurung di dalam kereta terlalu lama. Berhenti sekejap dan lakukan sedikit regangan atau senaman ringan. Ia, akan membuat anak-anak dan anda berasa lega. Berjalan pantas atau berjoging perlahan adalah cara terbaik untuk menyegarkan kembali badan dan minda selepas perjalanan jauh.

    Keluarkan snek

    Jika kanak-kanak masih juga bosan, apa kata keluarkan makanan ringan atau snek untuk menarik perhatian mereka. Kanak-kanak pastinya seronok dan tidak akan berasa bosan apabila mengunyah sandwic kegemaran mereka atau buah-buahan lazat.

    sumber utusan

    4:16 PM

    Hakim genap 5 tahun ....

     
    Kek untuk hakim, biasa aje...beli kat kedai kek org melayu.....

    Hakim dan kek hari jadinya...

     
    lauk2 yang i masak malam tu... udang butter, daging serai dan sayur campur

     
    Nadia pun happy dapat kek....
    Pada 31 Januari 2010, genaplah usia Hakim 5 tahun. Mak ayah i datang all the way from Segamat. Sebenarnya mereka baru balik dari MIri. so singgah lah kat rumah saya.

    Ada beberapa perkara besar yang dah berlaku pada Hakim dalam proses membesar ni. Pertama masa dia dilahirkan, masa dia mula berjalan dan panggil ibu dengan betul (sebelumnya "abu"...) dan seterusnya, pada 4 Januari 2010 yang lepas, dia mula menjejakkan kaki ke sekolah Tadika Wawasan Jaya, Taman Gadong Jaya. Tadika swasta dan bayaranya memang tip top, tapi kalau memang ia terbaik untuk Hakim, ibu rela.... ibu cari je lah duit banyak-banyak.

    Masa Hakim mula masuk sekolah, macam-macam perasaan ibu rasa. Rasa takut dan risau, macam mana Hakim nak berkawan dan belajar. Rasa macam nak melepaskan dia ke sekolah, rasanya satu yang berat sangat. Sedih pun ada sebab baru sedar yang Hakim dah besar.

    Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan cikgu pun puji Hakim ni "Good boy". Dia tak menangis pun. So ibu rasa legalah......Hakim belajar pandai-pandai dan jadi anak yang soleh tau.....