12:55 PM

Mengatasi perjalanan membosankan


bawa peralatan melukis bagi membuat si kecil beasa sibuk.


BERCUTI bersama ahli keluarga adalah masa bagi merapatkan hubungan, bergembira dan yang paling penting sekali, dapat melepaskan tekanan daripada tugas seharian. Namun, ada masanya perjalanan jauh menuju ke destinasi membuatkan kanak-kanak bosan.
Anak-anak mengadu tentang tiada apa untuk dibuat dan sering bertanya bila akan sampai membuatkan ibu bapa turut resah gelisah.

Terdapat cara-cara produktif untuk menghilangkan masa buntu ketika dalam perjalanan itu.

Jadikan anak pembantu pemandu

Jika anda sedang memandu ke destinasi percutian anda, sibukkan anak-anak anda dengan tugas mudah seperti membantu anda membaca peta atau memerhatikan simpang yang perlu dilalui. Buat mereka rasa berguna dan pastinya mereka tidak akan berasa bosan.

Masa bermain

Permainan adalah cara yang terbaik membuat si kecil berasa sibuk. Cuba cadangkan mereka bermain teka-teki atau silangkata ketika dalam perjalanan atau papan permainan seperti Saidina, Sahibba atau UNO ketika di tempat percutian atau bermain kejar-kejar di taman permainan berhampiran. Ini pasti membuat mereka sibuk serta membuat minda dan tubuh badan mereka aktif.

Senaman baik

Apabila dalam perjalanan jauh, cuba berehat seketika dan bersenam. Ia menyegarkan terutamanya selepas memandu lama dan bagi si kecil yang berasa terkurung di dalam kereta terlalu lama. Berhenti sekejap dan lakukan sedikit regangan atau senaman ringan. Ia, akan membuat anak-anak dan anda berasa lega. Berjalan pantas atau berjoging perlahan adalah cara terbaik untuk menyegarkan kembali badan dan minda selepas perjalanan jauh.

Keluarkan snek

Jika kanak-kanak masih juga bosan, apa kata keluarkan makanan ringan atau snek untuk menarik perhatian mereka. Kanak-kanak pastinya seronok dan tidak akan berasa bosan apabila mengunyah sandwic kegemaran mereka atau buah-buahan lazat.

sumber utusan

0 comments: