Sepanjang bertugas...kini saya mula berasa selesa sekarang kerana, telah berpindah semula kembali ke rumah di Seremban. Rasa cukup tinggal berjauhan dengan suami selama 2 tahun. Kini saya menetap di sini dan berharap selepas ini tiada lagi perpindahan berlaku dalam kerjaya saya.
Namun berfikir juga saya, adakah ini zon selesa saya dan adakah tiada lagi anjakan dalam hidup ini. Jika saya ingin memajukan diri, saya perlu menjawat jawatan yang lebih tinggi atau naik pangkat. Inilah yang menjadai dilema dalam hidup saya kini.
Sebagai manusia, saya memang tidak pernah puas dengan pencapaian diri saya setakat ini. Saya mahukan lebih lagi. Namun, bersediakah saya jika di takdirkan terpaksa duduk berjauhan dengan suami sekali lagi.....
Dilema ini mamang mengelirukan tambahan pula dengan keadaan anak-anak yang sedang membesar dan perlukan kasih sayang ayahnya.....Namun ibu tak boleh terus berada di sini. ini lah perkara besar yang saya perlu hadapi dalam hidup ini sama ada terpaksa memilih keluarga atau kerjaya?
Buat masa sekarang ini memang saya tetap berusaha untuk memohon jawatan yang setaraf. Tapi rezeki di tangan Allah SWT. Jika Dia merasakan yang saya layak menggalas tanggungjawab yang besar dalam hidup ini atau kekal di sini dengan tanggungjawab besar yang lain. Sesungguhnya saya pasrah dan serah kan segala ketentuan kepada Nya.
Dalam islam ada menggariskan, seorang isteri mesti menjaga hak suami seperti harta dan isteri juga tidak boleh berkawan dengan orang yang tidak disukai oleh suami. Tapi yang menjadi kemuskilan saya adalah, bagaimana pula dengan hak isteri seperti harta dan kalau si suami berkawan dengan orang yang tidak disukai oleh isteri?
Saya rasa suami juga perlu menjaga perkara itu juga, cuma bagi isteri, jika dia tidak melakukannya maka di telah dikategori sebagai derhaka(jika suami marah). Susah juga ye....kalau pada zaman dahulu, kebanyakan wanita tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Namun pada zaman sekarang lain pula ceritanya. Kebanyakan wanita mempunyai harta sendiri dan bekerja serta mempunyai ramai kawan.
Saya bukan nak berdebat tentang siapa yang berhak tapi saya mahukan penjelasan tentang topik ini, kerana daripada hanya berdiam diri dan mengikut hukum dan panduan yang sedia ada, apa salahnya kita mencari panduan yang tepat tentang isu ini. Kalau ada wanita nak cuba kupas isu ini silakan. Kalau ada kaum adam nak bagi komen pun boleh. Silakan.....
Tak abis lagi isu ni.....saya ada dengar lagi cerita pasal seorang wanita yang kene tipu dengan tunang dia hidup2. Tapi si pempuan ni still boleh maafkan....yelah atas dasar tunang dan mereka pun memang dah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ni.
Tapi.....boleh ke jamin yang tunang dia tu tak buat perangai bila dah kawin nanti???? Saya memang tak boleh dengar pasal ni. TApi kalau kita di tempat dia...apa agaknya yang akan kita lakukan? Putus tunang walaupun persiapan dah dibuat? atau terus je kawin dan berdoa agar dia tak buat perangai lagi?....
Tolonglah......nape lah lelaki macam tu langsung tak sedar diri. Dah lah kita tolong dia hidup, sayang dia walaupun dia ni memang mangkuk, tapi dia buat jugak kat pempuan ni macam tu?????
Geram sungguh. Kalau ikut hati saya yang marah ni, memang saya suh pempuan tu tinggalkan laki tak guna ni. Saya nak pesan kat wanita2 di luar sana tu, carilah lelaki yang boleh menjaga kit dan lelaki yang bila kita disampingnya, kita berasa sangat selamat.......
Sendiri pikirlah.............