Dalam islam ada menggariskan, seorang isteri mesti menjaga hak suami seperti harta dan isteri juga tidak boleh berkawan dengan orang yang tidak disukai oleh suami. Tapi yang menjadi kemuskilan saya adalah, bagaimana pula dengan hak isteri seperti harta dan kalau si suami berkawan dengan orang yang tidak disukai oleh isteri?
Saya rasa suami juga perlu menjaga perkara itu juga, cuma bagi isteri, jika dia tidak melakukannya maka di telah dikategori sebagai derhaka(jika suami marah). Susah juga ye....kalau pada zaman dahulu, kebanyakan wanita tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Namun pada zaman sekarang lain pula ceritanya. Kebanyakan wanita mempunyai harta sendiri dan bekerja serta mempunyai ramai kawan.
Saya bukan nak berdebat tentang siapa yang berhak tapi saya mahukan penjelasan tentang topik ini, kerana daripada hanya berdiam diri dan mengikut hukum dan panduan yang sedia ada, apa salahnya kita mencari panduan yang tepat tentang isu ini. Kalau ada wanita nak cuba kupas isu ini silakan. Kalau ada kaum adam nak bagi komen pun boleh. Silakan.....
1:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment