Sepanjang bertugas...kini saya mula berasa selesa sekarang kerana, telah berpindah semula kembali ke rumah di Seremban. Rasa cukup tinggal berjauhan dengan suami selama 2 tahun. Kini saya menetap di sini dan berharap selepas ini tiada lagi perpindahan berlaku dalam kerjaya saya.
Namun berfikir juga saya, adakah ini zon selesa saya dan adakah tiada lagi anjakan dalam hidup ini. Jika saya ingin memajukan diri, saya perlu menjawat jawatan yang lebih tinggi atau naik pangkat. Inilah yang menjadai dilema dalam hidup saya kini.
Sebagai manusia, saya memang tidak pernah puas dengan pencapaian diri saya setakat ini. Saya mahukan lebih lagi. Namun, bersediakah saya jika di takdirkan terpaksa duduk berjauhan dengan suami sekali lagi.....
Dilema ini mamang mengelirukan tambahan pula dengan keadaan anak-anak yang sedang membesar dan perlukan kasih sayang ayahnya.....Namun ibu tak boleh terus berada di sini. ini lah perkara besar yang saya perlu hadapi dalam hidup ini sama ada terpaksa memilih keluarga atau kerjaya?
Buat masa sekarang ini memang saya tetap berusaha untuk memohon jawatan yang setaraf. Tapi rezeki di tangan Allah SWT. Jika Dia merasakan yang saya layak menggalas tanggungjawab yang besar dalam hidup ini atau kekal di sini dengan tanggungjawab besar yang lain. Sesungguhnya saya pasrah dan serah kan segala ketentuan kepada Nya.
11:04 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment