ARKIB : 10/01/2010
BERUMAH tangga tak semuanya membawa kebahagiaan, tak tidak semestinya menderita, semuanya terpulang kepada nasib seseorang itu, ada kalanya macam sabut, timbul, ada juga macam batu, tenggelam. Demikianlah dengan kehidupan yang saya lalui.
‘‘Pelbagai usaha saya lakukan demi mempertahankan perkahwinan saya, malangnya semuanya tidak menjadi. Nak kata saya ego rasanya tidak, lebih banyak mengalah, tetapi itulah nasib. Setelah puas menderita talak juga yang saya dapat,’’ demikian cerita Norshahreen dalam e-melnya.
‘‘Benar apa yang berlalu tidak boleh dikesalkan kerana kita sudah ditakdirkan, namun hati ini semakin dipendam semakin parah, nak cerita dengan kawan mereka tak faham, mencurah perasaan pada keluarga kita disalahkan, akhirnya untuk mententeramkan hati yang terguris ini saya lepaskan kepada pembaca DCCK paling tidak jiwa saya tenteram.
‘‘Kalau diingat memang pedih untuk bercerita, tetapi saya mencari kelegaan di hati, biarlah luka lama berdarah kembali, asalkan hati saya boleh tenang walaupun dengan menulis dalam e-mel ini. Ketenangan inilah yang saya cari.
‘‘Kami berkenalan ketika sama-sama menuntut di U, melalui saya Hafiq mengenali ramai kawan-kawan perempuan saya, tetapi semuanya tak sangkut, tak berkenan dihatinya katanya tak sesuai. Akhirnya dia pilih saya. Ketika itu kami sama-sama berusia 23 tahun, tak sampai setahun berkawan secara serius kami berkahwin.
‘‘Kerana baru bekerja kami memang tak berduit, Alhamdulillah kerana keluarga saya pun berduit, maka urusan kenduri kahwin tak jadi masalah. Boleh dikatakan saya mendapat banyak bantuan emak. Mak juga bagi kami sebuah kereta untuk kemudahan kami berulang alik ke tempat kerja. Begitu sayangnya emak kepada kami.
‘‘Lepas kahwin baru saya tahu siapa Hafiq sebenarnya, dia bukan setakat pemarah, panas baran, malah kakitangan pun cepat. Untuk mengelakkan aksi pukul memukul, saya bersikap mendiam diri setiap kali dia hangin, tapi dia marah juga sebab saya diam, dia kata saya melawan dia dalam diam.
‘‘Sifat buruknya yang paling jelas apa juga katanya tak boleh dibantah, dia mahu saya ikut saja, bila keputusan yang dibuatnya salah, kita juga kena marah, kerana tak ikut betul-betul apa kehendaknya. Sedangkan saya tahu perbuatannya salah, nak tegur tak boleh takut kena tangan.
membimbing
‘‘Dulu katanya dia pilih saya sebagai isteri kerana saya rajin solat, dia kurang jadi dia harap saya boleh membimbing dia dunia dan akhirat, dia mahu belajar mengaji dan mahu tahu cara soal berjemaah. Tapi sayangnya minatnya untuk beberapa bulan aja. Dia juga kata sukakan saya kerana berpakaian sopan berbaju kurung dan bertudung. Tetapi yang sebenarnya dia lebih minat dengan wanita berpakaian terdedah. Suka pulang lewat malam dengan pelbagai alasan.
‘‘Bila selalu balik lewat hubungan kami semakin dingin, dan lepas dapat anak lebih renggang lagi, ditambah dengan perangainya yang panas baran. Apa yang menyakitkan hati seks menjadi alasannya. Sebabnya video lucah menjadi kegemarannya di samping menonton dari internet. Lepas itu dia mula bandingkan saya dengan aksi wanita dalam video itu. Dan jadilah saya serba tak kena. Serba tak sedap, serba tak best dan serba tak cantik. Pendek kata macam-macamlah keburukan saya di matanya.
‘‘Kalau dulu dia suka saya berpakaian sopan, lepas kahwin mula suruh saya tukar penampilan, suruh bersolek, suruh ikut gaya wanita dalam video dan mula bandingkan saya dengan isteri kawan-kawannya lebih bergaya dan seksi. Lebih menyakitkan hati bila dia kata dia lebih senang tidur dengan wanita lain daripada saya. Terkejut saya, ketika itu saya mula melihat handphonenya, barulah saya nampak gambar wanita seksi dan mesej-mesej lucah menjadi simpanannya.
‘‘Lebih terkejut wanita itu antaranya kawan pejabatnya dan isteri orang bernama Kas. Bila tanya Hafiq dia kata apa masalah saya, tanya Kas katanya gambar itu Hafiq curi. Kerana fikirkan kawan saya ceritakan masalah saya dengan Hafiq pada Kas. Kas menunjukkan simpati. Lepas itu saya fikir saya boleh tidur lena. Tetapi tidak.
‘‘Saya mengadu pada ibu mertua, dia bersimpati, sayangnya dia takut dengan Hafiq, dan Hafiq tak hormatkan ibunya. Jadi masalah saya terus berkubur. Saya cuba tawan hati Hafiq dengan fantasi seksnya tetapi dia tak suka, katanya pelacur lebih baik daripada saya. Malah dia pandang saya dengan penuh kebencian.
‘‘Beberapa bulan kemudian Kas telefon saya beritahu dia hamil, jiwa saya kembali pulih, pasti dia tidak berhubung dengan Hafiq lagi.
‘‘Nak jadikan cerita satu hari saya ke bank, saya ditegur oleh isteri kawan Hafiq dia ucap tahniah kepada saya kerana Hafiq naik pangkat dan bertanya bila nak pindah. Saya terkejut kerana Hafiq tak beritahu. Bergenang air mata saya tak sangka sungguh sanggup Hafiq tinggalkan saya.
‘‘Bila saya tanya Hafiq dia mengaku nak pindah sebab nak ceraikan saya, sebenarnya perkataan cerai dah lama menjadi nyanyian Hafiq. Sebulan kemudian dia pindah ke negeri di bawah bayu. Tinggallah saya sendirian dengan anak. Lepas 3 bulan saya tanya keadaan saya. Dia kata saya bodoh kerana dia dah ceraikan saya melalui telefon.
‘‘Atas nasihat kawan saya pun daftarkan percerian dan dia pulang menguruskan kemudian. Kerana saya sering merayu tak mahu bercerai, Hafiq memberitahu saya hubungannya dengan isteri orang dalam 10 muka surat dari awal hingga akhir.
‘‘Katanya hubungannya dengan Kas lebih daripada kawan. Mereka selalu keluar dating walaupun pada waktu bertugas dengan pelbagai alasan. Malah mereka pernah sampai ke KL atas alasan tugas asalkan dapat tidur bersama. Buat hubungan dalam kereta jadi perkara biasa. Apa lagi habis waktu pejabat.
‘‘Hafiq juga mengaku bilik tidur kami menjadi tempat paling selesa untuk mereka berdua ketika saya keluar bekerja. Tak kira waktu walaupun pada bulan Ramadhan, maklum rumah kami kawasan baru belum ramai penghuninya. Ketika itu dia ambil peluang.
‘‘Paling mengeciwakan saya mengapa Kas sanggup menduakan suaminya, patutlah hubungan mereka menjadi-jadi ketika dia hamil. Agaknya supaya orang tak syak tentang hubungannya dengan suami orang, kerana dia hamil.
teringat
‘‘Pengakuan Hafiq membuatkan saya teringat kembali kepada suami Kas yang pendiam. Kini fahamlah saya bahawa suami Kas bukan baik tetapi telah diperbodohkan. Patutlah Kas berani keluar bila-bila suka tak kira siang atau malam.
‘‘Kini setelah bercerai saya dapat tukar kerja ke negeri sendiri, hidup saya lebih aman walaupun jiwa tak tenang. Kepada Hafiq dia boleh bergembira di dunia sekarang kerana di akhirat tak Nampak. Namun anda perlu ingat pembalasan Allah bukan sahaja di akhirat, malah kita boleh lihat semasa di dunia lagi. Itulah yang saya mahu lihat.
‘‘Dulu saya dengar cerita suami orang berkasihan dengan isteri orang. Tak sangka pulak benda itu terjadi dalam hidup saya. Pengajaran yang saya dapat, sayang suami biarlah berpada-pada, dan yang paling penting jangan terlalu percaya dan bergantung padanya. Kini, doa saya kalau ada jodoh biarlah yang baik, sebab saya percaya, orang baik akan mendapat jodoh yang baik, insya-Allah.’’ Demikian cerita Norshahreen tentang penderitaan yang ditanggungnya selama empat tahun.
Kepada pembaca DCCK tentu tahu slogan saya ‘‘sayangkan diri anda sendiri lebih banyak daripada sayang orang lain, jika anda mahu hidup lebih bahagia di dunia dan di akhirat kelak.
sumber : utusan
1 comments:
sedih saya baca kisah wanita ni...tapi saya nak juga mengulas tentang "wanita boleh membimbing lelaki".....
memang tidak dinafikan bahawa usaha, doa dan tawakal boleh mengubah nasib dan takdir seseorang. Namun, dalam hal wanita membimbing lelaki, saya memang tak setuju langsung kalau seorang wanita menawarkan diri utk membimbing lelaki....
kalau tak ada masalah, tak payah lah mencari masalah kerana bagi saya wanita bukanlah di cipta sebagai seorang pemimpin dalam intitusi keluarga... ingat kata-kata saya ni.
sekiranya boyfriend atau tunang dah menunjukkan sikap yang tidak baik, lebih baik tinggalkan sahaja kerana manusia sukar berubah, terutamanya lelaki yg mmg sah ada ego yg tinggi.
Lebih baik hidup sendiri...sebab sekarang ni susah nak cari lelaki yang baik. Yelah lelaki baik macam dah pupus dari muka bumi ni rasanya. tapi ada....carilah lelaki yang boleh membimbing keluarga dan sifat sabar nye tinggi.
Post a Comment