11:19 AM

Selamat berpuasa.... jgn lupa niat puasa ye....

---LAFAZ NIAT PUASA


nawaitu souma godhin
‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

DOA BERBUKA PUASA

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afth art u birahmatika ya arhamarrohimin
 
 
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

1:14 PM

Kopi baik untuk kesihatan


Adakah kopi baik atau buruk untuk kesihatan? Hakikatnya ia terpulang kepada pilihan kita.

Menambah tenaga

Kopi dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada ngantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairan setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Ubat sakit kepala

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan

Mengurangkan lemak

Lebih menarik, kafein dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.

5:02 PM

Trip to Melaka

Hujung minggu lalu kami ke Melaka. Walaupun dekat je dengan Nilai tapi rupa-rupanya inilah pertama kali saya menikmati keindahan Melaka dengan sebenar-benarnya. So I nak share la gambar2 yang diambil.....

 Nadia dapat binocular...

lunch kat hentian rehat air keroh tu....kat sini sume masakan panas je tau. Tak sah kalau tak makan asam pedas melaka. Ni asam pedas ikan kembung dan asam pedas daging tetel. Sayur kailan ikan masin.
Ni lah menara Taming sari, setinggi 80m... dapat lihat pemandangan bandaraya melaka...sape2 yang gayat tu, eloklah naik ni.
Double decker ni round seluruh bandaraya melaka, saya cadangkan kawan2 semua naik ni. Tiket rm5 untuk dewasa.
Alahai comelnye motor ni...boleh naik berdua pulak tu...

Dinner di Umbai, restoran terapung.....wajib ada otak2
Nasi lemak daun pisang
 siakap 3 rasa
sambal sotong
Nadia dapat garfield

Pendek kata, ni lah trip Melaka yang paling best sekali setakat ni. Satu je yang kami tak naik, Melaka cruise... tapi next time nak naik jugaklah...
Pada pendapat saya, Melaka memang best la untuk dijadikan destinasi percutian.