1:55 PM

BlockBuster Deals maniac

Anak-anak zaman sekarang, mintanya bukan kecil tapi besar-besar belaka. Minta notebook, wifi di rumah, astro dan bagai-bagai lagi lah. Macam tu lah Hakim , dah pandai minta wifi kat rumah. Katanya nak tengok 'aeroplane' kat internet....

Nak buat macam mana, mak die pun 2x5 je dengan internet. pantang jumpa. jadi  untuk memudahkan kami sentiasa update dengan berita dan perkembangan semasa, maka saya pun memohon pelan BlockBuster deals ni. Ambil pelan 1 mb..RM 110 sebulan fix rate. ok lah.....

Dalam seminggu ni dapat lah internet dengan laju dirumah sebab sebelum ni guna dial-up je. sangat lah slownye....sangap.....

Semoga dengan wifi kat rumah ni, Hakim dan Nadia dapat belajar banyak perkara online. Semoga jadi anak yang pintar dan rajin ye....



Streamyx has sweeten up their offer with the new BlockBuster Deals that is obviously pushing their voice business.
This could also be seen as a Streamyx retention campaign as well as to encourage more usage of voice by offering FREE Calls to all TM Fixed Line and attractive mobile call rates.
There are 4 Broadband + Voice plans and 3 Voice only plans on offer.

Broadband + Voice offering

The broadband & voice deals range from 512kbps to 4Mbps with price range between RM90-RM160/month. All 4 includes:
  • Free WiFi Modem
  • Free Cordless DECT Phone
  • Free Calls to all TM Fixed Line (including 1300 & 1800)
  • Zero entry cost (installation & activation fee) until further notice
Calls to mobile and non-TM fixed lines are charged at a flat rate of 15sen/min for the 512kbps package while the rest are charged at 10sen/min.
There’s a minimum contract period of 12 months.

Table Comparison

4:07 PM

All the way in Kulai

Hakim dan Nadia bersama anak kakak saya, Wani dan Sarah
Pemandangan Gunung Pulai, antara Kulai dan Pontian
 
Restoran Mandella Pontian....sapa pernah ke sini.....berhampiran Kukup tapi agak jauh ke dalam kampung 

Sotong goreng tepung untuk 2 orang

Daging masak merah

Hakim dan Pak Uda nya

Kangkung Goreng Belacan

Udang Goreng Tepung untuk 2 orang makan......makan sampai tak larat

Kerapu 3 rasa

Tom yam campur, tapi udang saja utk 2 org makan

Banyak sangat......rasa-rasanya, berapa ringgit sume ni

Telur goreng pun ada, kacang kukus dan otak-otak kempas.....habis dah....

Restoran ni memang jadi ingatan sepanjang hayat. InsyaAllah lain kali ke Pontian, pasti ke sini......Restorannya agak jauh ke dalam kampung. Sudahlah makanannya sedap malah, kuantiti hidangannya banyak. Udangnya besar-besar. Sotongnya kecil-kecil dan dipanggil cumi-cumi. Anak sotong.....

Kak im yang bawa ke sini. Katanya dah lama tak ke sini. Jalan pun hampir lupa. Tapi rupa-rupanye Kampung tu adalah kampung mertua adik ipar aku sendiri. Oh...kalau macam tu memang dah tahulah. Tapi kedudukan kedai yang ke dalam memang tak dijangka. Tapi tetap ramai pengunjungnya.

Destinasi seterusnya ke Nanyang Aquarium Air Bemban, Kulai
Ni ikan Toman bengkok.....macam mana die bengkok, jangan tanya saya....


Its called 'Ghost Knife' tah lah ikan ape

Katak kecil ni maybe utk makanan ikan

Tu Giant Arapaima, kalau masuk kolam ni, tak jamin selamat ke tak

Tu ikan Koi Jepun

Apa yang Hakim tengok tu???

Pintu masuk 

Ok la percutian kali ni...walaupun singkat tapi dapatlah juga bawa anak-anak berjalan makan angin sambil ziarah Mak Uda nya di Kulai. On the way back nak singgah simpang renggam pekena tahu bakar dan satey, tapi kedainya tak buka pulak. then balik je cari bakso kat labis. Tapi gambar tak sempat amik...terlupa pulak...sampai licin..

3:51 PM

Khasiat mayonis rawat kecantikan

MAYONIS menjadi antara bahan penting dalam penyediaan salad dan sandwich. Penggunaan bahan tersebut juga semakin diterima di kalangan masyarakat di negara ini. Mayonis juga semakin popular apabila bahan tersebut digabungkan dengan bahan tradisional menambah keenakan rasanya.
Bahan asas mayonis yang terdiri daripada telur dan perasa berasaskan minyak hakikatnya menawarkan kelebihan tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan.
Bukan itu saja, ia boleh digunakan sebagai bahan untuk membersihkan kekotoran. Apa kata jika ada lebihan mayonis dalam peti sejuk, kita cuba gunakan bahan tersebut berpandukan kepada beberapa tips yang dimuatkan untuk minggu ini.


Pelembap kulit
MAYONIS kaya dengan bahan pelembap tersendiri berasaskan kepada kandungan minyak dan telur di dalamnya.
Ia baik untuk kulit, malah mayonis sememangnya digunakan dalam beberapa jenis rawatan kulit. Cuba sapu mayonis di permukaan kulit dan urut secara lembut. Selepas selesai bilas bahagian yang berkenaan. Kaedah ini dipercayai membantu mempercepatkan proses pelembapan kulit.
Perapi rambut
BAHAN pelembap yang terkandung dalam mayonis mampu meresap di bahagian bawah kulit. Ia juga berupaya menjadikan rambut sihat bersinar. Cuba gunakan mayonis sebagai bahan perapi untuk rambut. Lumur mayonis pada rambut sekurang-kurangnya sepuluh minit dan bilas.
Rawatan kuku
APA kata cuba gunakan mayonis untuk mendapatkan kuku yang kuat dan sihat selain tampak natural.
Sapu sedikit mayonis pada kuku dan biarkan selama sepuluh minit. Cuci dan keringkan kuku. Amalkan selalu, kuku anda akan menjadi lebih kuat dan sihat.
Hilangkan kesan tar jalan pada kereta
SAPU mayonis pada kesan tar dan tunggu beberapa minit. Gunakan kain lembut untuk hilangkan kesan kotoran itu.
Mengurangkan kesan panahan matahari
SELEPAS berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan.
Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.
Hapuskan kesan krayon pada perabut berasaskan kayu
AMBIL sedikit mayonis dan sapukan pada kesan krayon. Biarkan selama lima hingga sepuluh minit. Lap menggunakan kain lembap.
Melembapkan bahagian siku, lutut dan kaki
SAPU mayonis di bahagian yang kasar dan kering terutama pada siku, lutut dan tumit kaki. Biarkan selama sepuluh minit dan selepas itu bersihkan menggunakan tuala lembap.

utusan


ps : nampaknye lepas ni, boleh la guna mayonis sebagai alternatif utk kecantikan. i like this...