4:11 PM

Membentuk peribadi anak

Oleh ZUHAYATI YAZID


ZURIAT merupakan permata hati kepada pasangan setiap suami isteri malah kelahirannya pasti menjadi debaran serta ditunggu oleh pasangan.
Kehidupan dan kebahagiaan sebuah rumah tangga akan menjadi lebih berseri dengan kehadiran cahaya mata
Malah, kelahiran anak disambut dengan penuh gembira, kebanggaan dan rasa syukur yang tidak terhingga. Ibu bapa pula sanggup berkorban segala-galanya atas nama kasih sayang dan rasa cinta demi melihat zuriatnya terus berjaya dan menjadi insan mulia.
Apabila lahir zuriat ke dunia maka setiap ibu bapa perlu memberi perhatian serius dan pengawasan yang secukupnya.
Ini kerana setiap zuriat yang dilahirkan ibarat kain putih yang siap menerima untuk diwarnai. Jika dibiasakan dengan nilai-nilai yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan sehingga orang tua juga akan mendapat pahala.
Menurut pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah A. Ghani, anak-anak adalah lakaran ibubapa. Sekiranya lakaran tersebut ke arah kemuliaan pastinya ia membawa kebaikan kepada anak tersebut.
Tetapi sekiranya anak-anak dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan membesar dengan keburukan.
"Oleh itu, tidak harus bagi setiap ibu bapa melalaikan tanggungjawab yang besar ini dengan mengabaikan aspek pendidikan yang baik dan menanamkan adab yang baik ketika membesarkan anak-anak,'' katanya.
Dia yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam pengurusan kaunseling keluarga memberitahu, biasalah mendidik anak agar makan dengan menggunakan tangan kanan, membaca bismillah disudahi dengan alhamdulilah.
Malah ceritanya lagi, ajar anak agar tidak makan dengan tergesa-gesa ataupun gelojoh. Makan dengan tertib, mengunyah makanan dengan perlahan dan jangan biasakan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis di mulut.
"Adab-adab ini penting memandangkan mereka masih kecil dan ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk anak dengan nilai-nilai Islam yang terpuji,'' jelasnya lagi.
Selain itu, latihlah anak-anak dengan sikap hormat dan jangan biasakan anak bersikap kasar, berbahasa kesat dan berperilaku sombong.
"Keadaan ini penting bagi membiasakan peribadi anak supaya tidak berterusan dengan budaya yang kasar dan tidak bertamadun.
Jelasnya lagi, apabila anak semakin besar, latihlah anak-anak supaya bersikap berani dan sabar dalam menghadapi kesusahan.
"Biasakan memuji tindakan mereka apabila berbuat demikian kerana tindakan tersebut boleh mendorong mereka bersikap terpuji,'' katanya.
Apabila anak mencapai usia tujuh tahun, perintahkan mereka supaya bersolat secara tetap. Disiplinkan mereka mengenai tanggungjawab solat.
"Bagaimanapun elakkan melakukannya secara paksaan kerana ini akan menyebabkan mereka memberontak serta memendamkan perasaan,'' ujarnya.
Jelasnya lagi, biasakan anak-anak juga bersikap taat kepada orang tua, guru dan kepada yang lebih berusia darinya. Ajarkan anak-anak memandang dengan rasa hormat agar mereka tidak tergolong daripada anak-anak yang bersikap derhaka dan biadap.
Tip membentuk anak berkelakuan baik
*Jika boleh, jangan menghukum, sebaliknya mengajar. Matlamat mendisiplinkan anak ialah untuk mengajar anak itu berkelakuan baik. Memukul kanak-kanak bukanlah cara mengajar. Sebaliknya ia mengajar kanak-kanak bahawa memukul ialah cara menyelesaikan masalah.
*Anggaplah kenakalan anak-anak sebagai kesilapan. Ia akan memudahkan anda mencari jalan untuk mengajar tentang kelakuan baik. Jika boleh, kaitkan akibat dengan kenakalan.
*Jangan bertengkar atau membebel mengenai peraturan. Jika sesuatu peraturan dilanggar, ingatkan anak anda mengenai peraturan itu dan akibatnya jika tidak dipatuhi. Apabila anda memberikan arahan, bercakap dengan tegas dan ulangi arahan itu.
*Halang anak-anak kecil semasa mereka sedang membuat sesuatu yang anda tidak sukai atau jauhkan mereka dari situasi tersebut. Anak-anak kecil tidak faham apa yang salah dan apa yang betul, dan mereka tidak sepatutnya dipukul atau digoncang.
*Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan kanak-kanak mengenai kelakuan mereka. Pastikan anda gunakan perkataan seperti "Maafkan saya" dan "Bolehkah saya?" bila sesuai. Jadilah contoh yang baik untuk anak anda di dalam percakapan dan perbuatan anda.
*Puji anak bila mereka berkelakuan baik kerana ini akan menggalakkan mereka terus berkelakuan baik. Pelukan, senyuman dan perkataan-perkataan lembut boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan.

12:05 PM

Perbezaan susu ibu serta susu botol


Anggun: Susu ibu semai kasih
Oleh NORAINON OTHMAN

RAMAI tahu khasiat susu ibu daripada sudut kesihatan, malangnya masih ramai tidak bersungguh-sungguh menyusui bayi kerana alasan tertentu yang kadangkala kurang munasabah.

Susu ibu sepatutnya menjadi santapan pertama anak ketika lahir dan berterusan sehingga si kecil mencapai usia dua tahun sebagaimana dituntut Islam.

Berapa banyak pun susu formula yang menggunakan teknologi masa kini dicipta, ia tidak mampu menyamai keunggulan makanan ajaib ini.

Melihat kelebihan susu ibu dalam jangka panjang membentuk keperibadian seseorang, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata anak yang diberi susu ibu lebih senang dibentuk atau dilentur.

Menurutnya, cairan ini adalah unsur pertama bagi menyemai kasih sayang dan kejiwaan dalam diri anak, iaitu secara fizikal melalui pelukan erat ibu ketika menyusu anak. Ia adalah lesen pertama membentuk dan membangun kekuatan personaliti anak, membentuk jiwa hamba Allah, jujur dan berketrampilan.

Susu ibu terjamin kebersihannya kerana tiada sentuhan tangan manusia dan jika betul cara didikan ibu bapa, anak akan menjadi insan yang baik.

Memberi susu ibu ialah konsep memberi dan menerima, menjadikan hubungan antara anak dan ibu akrab kerana selama dua tahun menyusu ibu, si anak membesar menjadi individu yang patuh pada orang tua dan tidak banyak melukakan hati ibu.

“Susu ibu dapat menurunkan darjah sikap melawan atau menentang ibu kerana rangkulan si ibu ketika menyusui bayinya memberi aura ketaatan. Malah, dalam jangka panjang, susu ibu menjadikan kesihatan mental, fizikal dan emosi anak lebih mantap.

“Jika ketika mengandungkan anak, ibu sering membaca ayat suci al-Quran sebagai makanan rohani anak dalam kandungan, selepas melahirkan, amalan boleh diteruskan ketika menyusu anak. Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani,” katanya.

Anak yang menyusui susu ibu sangat dekat hubungan kejiwaannya dengan ibu dan bapa dan emosinya tidak mudah terganggu.

“Amalan menyusu berserta doa dan harapan juga baik jika dibuat dengan menyentuh ubun-ubun anak dan membelainya. Anak mendapat tumpahan kasih sayang dan perhatian mutlak daripada ibu ketika menyusu.

“Degil macam manapun, anak yang menyusu ibu akhirnya akan mendengar cakap ibu. Begitu juga jika setinggi manapun pangkatnya, jika penyusuan ibu lengkap dan disertai amalan doa, anak akan menghormati dan taat padanya,” katanya.

Dr Robiah berkata, kebanyakan ibu yang memberi alasan tidak dapat menyusu anak kerana susunya kering berpunca daripada tindakan memakan ubat yang menyebabkan masalah itu atau tidak gembira ketika memberi susu badan.

“Ibu perlu membuat persediaan untuk menyusukan anak ketika hamil lagi, iaitu dengan mengambil makanan berkhasiat. Jika menghadapi masalah susu kering, ibu boleh mengambil ubat penggalak susu atau makan makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu.

“Ada sebilangan ibu berpendapat, susah hendak kembali bekerja selepas cuti bersalin jika menyusukan anak. Malah, ada juga berpendapat, jika tidak menyusu anak, mudah sedikit jika dia hendak pergi kursus,” katanya.

12:53 PM

Hari Raya 2009


Sempat bergambar di pagi Hari Ray, kami sedondon


Hakim dan nadia sedondon macam ayah ibu


Nak pergi beraya ke Muar


Sebelum hari raya Hakim selsema, pergi klinik kene pakai mask